ALLAH MENCIPTAKAN TUJUH MALAIKAT SEBELUM MENCIPTAKAN LANGIT & BUMI.KEMUDIAN DITENTUKAN SETIAP MEREKA UNTUK MENJAGA PINTU DI LANGIT
"Pada setiap pintu ini,malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia diterima dan dapat melalui pintu langit seterusnya ataupon sebaliknya"
PINTU LANGIT PERTAMA
Malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai NUR cahaya matahari.Berkata malaikat penjaga pintu langit "Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya.Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat).ALLAH menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya.
PINTU LANGIT KEDUA
Selepas berjaya melalui pintu langit pertama,malaikat itu sampai ke pintu langitt kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak.Kata malaikat penjaga langit "Berhenti kami dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia mendapa keuntungan didunia"
PINTU LANGIT KETIGA
Malaikat membawa amalan merupakan pahala sedekah,solat dan puasa.Para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua.Tetapi ditahan di langit ketiga.Malaikat berkata:"Allah menyuruhku supaya tidak menbiarkan orang yang takabbur dapat melintasi ku.Orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai".
PINTU LANGIT KEEMPAT
Amalan berupa tasbih,solat puasa haji dan umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat."Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku.Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya".
PINTU LANGIT KELIMA
Amalan yang dibawa berseri seri,lalu berkata malaikat "Berhenti dan buangkan amalan ini pada muka orang yang mengerjakannya.Mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya".
PINTU LANGIT KEENAM
Malaikat membawa amalan solat,zakat,umrah,jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama.Lalu berkata "pukullah amalan ini kepada orang yang megerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba hamba Nya yang menghadapi kesususahan".
PINTU LANGIT KETUJUH
Berkata malaikat SUM'AH (ingin masyur):" aku akan menghalang amalan orang yang RIYAK daripada sampai ke Tuhanku.Dia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi supaya amalannya disebut sebut".
KETIKA BERTEMU ALLAH
Kemudian naik malaikat yang membawa yang membawa amalan seorang hamba yang berupa solat,zakat, haji,umrah,akhlak mulia,banyak berdiam dan berzikir.Amalan ini dibawa oleh para malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua halangan dan sampai kepada ALLAH.Ketika itu Allah berfirman yang bermaksud "Kamu petugas yang membawa amalan hamba Ku ini.Aku lebih mengetahui segala isi hatinya.Dia tidak ikhlas kepada Ku dengan amalanya.Dia boleh menipu orang lain,menipu kamu tetapi tidak boleh menipu AKU."